WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR

WAKAF BERSAMA PK BAITUL KASIH

 

 

 

 

 

PENGERTIAN WAKAF

Wakaf berasal dari perkataan Arab ‘waqafa’ yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

PENGERTIAN WAKAF (ISTILAH)
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli,
pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk
mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

Wakaf merupakan satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Contoh Amalan Wakaf ialah apabila Baginda Rasulullah SAW membina Masjid Quba’ yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf.

Dalil pensyariatan wakaf di dalam menggalakkan umat Islam menyumbangkan hartanya untuk manfaat umat Islam terdapat pada Firman Allah SWT pada ayat 96 Surah Ali Imran:

Maksudnya :“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Firman Allah SWT lagi :

Maksudnya : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al Baqarah : Ayat 261 )

Rasulullah SAW sendiri juga menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

Maksudnya : ” Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Wakaf juga dikenali sebagai Sedekah Jariah, para Ahli Fiqh dan ulama’ berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan. Malahan amalan wakaf ini juga bukan hanya sebagai satu ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.

WAKAF DAN PERSOALANNYA
RUKUN-RUKUN WAKAF
1.   Pewakaf (Al-Wakif)
2.   Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)
3.   Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf’alaih)
4.   Lafaz Akad ( Al-Sighah)

1.  SYARAT –SYARAT PADA RUKUN WAKAF :
a.   Pewakaf
b.  Merdeka
c.  Baligh
d.  Berakal
e.  Berkelayakan untuk berwakaf
f.  Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )

2.   Harta yang diwakafkan
Harta yang mempunyai nilai
Harta yang boleh dipindah milik
Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan.
Harta adalah milik sempurna pewakaf

3.   Penerima manfaat wakaf
Penerima khusus samada seorang atau lebih
Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)

Hadith riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak baik bagi seorang muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3074

Hadith riwayat Sa‘ad bin Abu Waqqash ra. :

Ia berkata:
Pada waktu haji wada, Rasulullah saw. menjengukku karena menderita penyakit yang hampir menyebabkan kematianku.
Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, penyakitku sangat parah seperti yang engkau lihat, sedangkan aku adalah seorang hartawan dan tidak ada yang mewarisiku kecuali putriku satu-satunya. Apakah aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku? Beliau menjawab: Tidak boleh. Aku bertanya lagi: Dengan setengahnya? Beliau menjawab: Tidak boleh, dengan sepertiga saja. Dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang akan meminta-minta kepada manusia. Dan kamu tidak menafkahkan suatu nafkah pun untuk mencari keredaan Allah, kecuali kamu akan mendapatkan pahala karena nafkahmu itu walaupun sesuap makanan yang kamu masukkan ke mulut isterimu.

Ia berkata:
Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah aku akan tetap hidup setelah sahabat-sahabatku (meninggal)?

Beliau bersabda:

Sesungguhnya kamu tidak diberikan umur panjang lalu kamu mengerjakan suatu amal untuk mengharap keredaan Allah, kecuali kamu akan bertambah derajat dan kemuliaan dengan amal itu. Semoga kamu diberi umur panjang sehingga banyak kaum yang akan mendapatkan manfaat dari kamu, dan kaum yang lain (orang-orang kafir) menderita kerugian karenamu. Ya Allah, sempurnakanlah hijrah sahabat-sahabatku, dan janganlah Engkau kembalikan mereka ke belakang (ke kekufuran).

Tetapi orang yang celaka yaitu Sa`ad bin Khaulah berkata: Rasulullah saw. menyayangkannya (Sa‘ad bin Khaulah yang meninggal di Mekah )
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3076

Hadith riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Semoga orang-orang mau mengurangi sepertiga menjadi seperempat, karena Rasulullah saw. bersabda: Sepertiga, dan sepertiga itu banyak.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3080

Hadith riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Umar ra. mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian ia menghadap Nabi saw. untuk meminta petunjuk tentang pemanfaatannya. Umar berkata: Wahai Rasulullah, saya mendapat sebidang tanah di Khaibar yang belum pernah saya dapatkan harta lain yang lebih berharga darinya. Apa saran engkau tentang hal ini? Beliau bersabda: Jika kamu suka, kamu bisa mewakafkan asetnya dan bersedekah dengan hasilnya. Maka Umar bersedekah dengan hasilnya atas dasar asetnya tidak boleh dijual, dibeli, diwarisi atau dihibahkan. Umar bersedekah kepada fakir-miskin, kerabat, untuk memerdekakan budak, jihad di jalan Allah, ibnu sabil serta tamu. Tidak dosa bagi orang yang mengurusnya memakan sebagian hasilnya dengan cara yang baik atau untuk memberi makan seorang teman tanpa menyimpannya
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3085

Hadith riwayat Abdullah bin Abu Aufa ra. :
Dari Thalhah bin Musrif ra. ia berkata: Saya bertanya kepada Abdullah bin Abu Aufa: Apakah Rasulullah saw. berwasiat?

Ia menjawab: Tidak. Aku bertanya lagi: Lalu mengapa wasiat diwajibkan atas orang-orang muslim, atau mengapa mereka diperintahkan berwasiat? Ia menjawab: Beliau mewasiatkan Kitab Allah
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3086

Hadith riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. tidak meninggalkan satu dinar dan dirham pun, tidak juga seekor kambing atau pun unta serta tidak pula berwasiat dengan sesuatu.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3087

Hadith riwayat Ibnu Abbas ra.:
Dari Said bin Jubair ia berkata: Ibnu Abbas ra. berkata: Hari Kamis, apakah hari Kamis itu? Kemudian ia menangis sehingga air matanya membasahi batu kerikil. Maka aku bertanya: Wahai Ibnu Abbas, ada apa dengan hari Kamis? Ia menjawab: Pada hari itu penyakit Rasulullah saw. bertambah parah kemudian beliau bersabda: Kemarilah, aku akan menuliskan untukmu suatu wasiat sehingga kamu tidak akan tersesat setelahku. Lalu para sahabat bertengkar, padahal tidak pantas terjadi pertengkaran di hadapan Nabi. Mereka berkata: Apakah yang terjadi dengan beliau, apakah beliau sedang mengigau? Tanyakanlah maksudnya kepada beliau! Nabi saw. bersabda: Biarkanlah aku. Karena apa yang akan aku sampaikan adalah lebih baik. Aku mewasiatkan tiga perkara kepadamu yaitu: Usirlah orang-orang musyrik dari Jazirah Arab, izinkanlah para utusan memasukinya serta sambutlah mereka dengan baik seperti yang pernah aku perbuat dengan mereka. Kemudian beliau terdiam tidak menyebutkan yang ketiga, atau mungkin menyebutkannya tetapi aku lupa.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3089

WAKAF BERSAMA PK BAITUL KASIH

Wakaf di Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutuan dan Selangor atau kepada PK Baitul Kasih adalah bermaksud sesuatu harta yang diwakafkan bagi keguaan penghuni PK Baitul Kasih yang diurus tadbir oleh kakitangan Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutuan dan Selangor.

TAWARAN WAKAF SEMASA

Pihak kami bercadang untuk menempatkan pelajar PUTERI kami yang sekarang masih menumpang di rumah-rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan ke lokasi yang berdekatan dengan asrama putera sedia ada, di alamat: No. 7, Jalan AU 2B,  Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

Tujuan kami ialah agar mudah untuk kami memantau keperluan anak-anak ini, kerana kesemua ahli jawatankukasa PK Baitul Kasih tinggal di kawasan Lembah Kelang.

Usaha ini juga bertujuan untuk memudahkan individu dan badan koporat untuk menyalur dan menghulurkan bantuan  kerana ramai individu dan kebanyakkan pejabat Koporat tinggal/terletak di sekitara Lembah Kelang. Kesibukan berkerja dan kesuntukan masa, sedikit-sebanyak telah menghalang niat murni mereka untuk menziarah dan menyumbang disebabkan lokasi rumah amal ini terletak jauh dari tempat mereka. Dengan adanya operasi Rumah Amal di sekiar Lembah Kelang ini, ianya akan memudahkan saluran bantuan disalurkan, dipusatkan dan diagihkan kepada rumah-rumah amal yang lain.

Walau bagaimanapun perancangan ini kami harus kami lakukan dengan teliti, agar kebajikan anak-anak di Rumah Amal ini tidak terabai, kerana keperluan tinggal di kawasan Lembah Klang adalah sangat tinggi.

Sehubungan dengan itu pihak kami membuka peluang ini kepada tuan/puan sekiranya ada sebarang malumat tentang penaja untuk membiayai atau sesiapa sahaja yang ingin mewakaf rumah atau bangunan untuk menjayakan hasrat murni ini kepada pihak kami.

Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

1. Terdapat ramai golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.
2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.
4. Terdapat banyak tanah-tanah persendirian dan rumah-rumah banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.
5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang

 

Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:
1. MEMBIAYAI:
A. Sewaan bulanan bangunan
B. Bil-bil utiliti
C. keperluan dapor
D. Belanja persekolahan pelajar

2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):
A. Katil dan tilam untuk asrama
B. Keperluan dapur asrama
C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah

3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:
Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 45 orang pelajar, berumur di antara 4 hingga 17 tahun.

4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:
A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama
B. Pengendali laman web
C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD

5. DOA MENDOAKAN
Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2016 akan berakhir tidak lama lagi.

 

Sila hubungi Ustaz Zahari

HP: 013-3303430 untuk sebarangan cadangan atau

Email ke : zahari@baitulkasih.org.my
Status Pegangan Wakaf PK Baitul Kasih

Status pengangan wakaf PK Baitul Kasih adalah 100% dipegang dan dijaga oleh pemegang amanah yang dilantik
oleh Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutuan dan Selangor.

FATWA KEBANGSAAN

WAKAF WANG TUNAI

Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

( Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu )

Apa itu Saham Wakaf

Saham Wakaf Selangor adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai. Iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah SWT dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan umat Islam.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua umat Islam dan syarikat-syarikat perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam tanpa had maksimum. Konsep saham wakaf adalah sama dengan konsep perlaksanaan wakaf kaki, wakaf hasta, dan wakaf lantai yang dipraktikkan di sesetengah negeri di Malaysia ini.

Pandangan Ulama’ terhadap wakaf melalui Wang Tunai

Ulama’ mempunyai beberapa pendapat mengenai amalan wakaf melalui wang tunai. Secara umumnya di dalam ibadah wakaf, Ulama Fiqh telah bersepakat bahawa harta wakaf itu hendaklah sesuatu yang bernilai, jelas dan diketahui tentang harta tersebut serta dimiliki sepenuhnya oleh pemiliknya sama ada harta itu berbentuk harta alih (manqul) atau pun harta tidak alih (I’qar).

Di dalam Kitab Al-Wasoya Wal-Awqof yang ditulis oleh Dr. Muhamad Kamaluddin Imam, menyatakan bahawa Ulama’ Fiqh dengan jelas telah membahagikan harta wakaf kepada dua bentuk iaitu :

1. Harta alih (manqul) iaitu harta yang boleh dipindah alih seperti baju, Al-Quran, wang dan lain-lain
2. Harta tidak alih (I’qar) iaitu harta yang kekal pada asalnya seperti rumah, tanah atau bangunan.

Walaupun terdapat perselisihan pendapat di atas penerimaan harta alih untuk dijadikan sebagai harta wakaf akan tetapi Jumhur Ulama’ iaitu Mazhab Syafie, Hanafi, dan Hambali mengharuskan wakaf manqul berasaskan kepada kenyataan bahawa semua harta yang harus dijual dan boleh mendatangkan manfaat dan kekal zatnya, maka boleh diwakafkan.

Di dalam membahaskan perkara ini, Mazhab Hanafi mempunyai pandangan yang berlainan dan tidak membenarkan wakaf melalui harta alih kerana ianya berlawanan dengan pengertian wakaf itu sendiri iaitu menahan harta untuk diambil manfaatnya. Kesimpulannya, Mazhab Hanafi berpendapat, harta yang boleh diwakafkan adalah harta yang berbentuk kekal contohnya seperti tanah.  Walau bagaimanapun, Mazhab Hanafi mengharuskan wakaf dengan harta alih pada tiga keadaan berikut :

1.  Jika keadaan harta alih itu kedudukannya terletak pada harta tidak alih seperti pokok yang terdapat di atas tanah yang diwakafkan.

2.  Jika terdapat nas di dalam Al-Quran dan hadith yang menjelaskan bentuk harta alih yang boleh diwakafkan. Contohnya, mewakafkan kuda dan senjata perang, kerana terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Khalid Ibnu Walid telah mewakafkan kuda dan senjatanya di medan perang. Begitu juga hadith yang menyatakan Talhah bin Ubaidillah telah mewakafkan perisainya untuk tentera-tentera Islam dalam peperangan.

3.  Sekiranya harta alih tersebut telah menjadi kebiasaan di suatu tempat dan negara untuk dijadikan harta wakaf seperti wakaf hasil-hasil penulisan, Al-Quran dan wang tunai. Tambahan pula u’ruf atau kebiasaan amalan masyarakat adalah menjadi sumber hukum yang masyhur pada Mazhab Hanafi

Mazhab Maliki pula mengharuskan sepenuhnya wakaf harta alih tanpa di syaratkan kekal fizikalnya. Mazhab Maliki berpendapat bahawa harus wakaf dengan menggunakan wang tunai seperti yang telah disebut di dalam Kitab Muqaddimah Ibnu Ar-Rushd Al-Ka’bi kerana bagi Mazhab Maliki, tujuan asal wakaf itu adalah untuk mendapat manfaat daripada harta tersebut.

Dalam konteks kita di Malaysia, penggunaan wang tunai dalam ibadah wakaf ini masih baru untuk diperkenalkan kepada masyarakat sebagai bekalan dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sejajar dengan hadith Qudsi iaitu :

Maksudnya: “Sesungguhnya hambaku dapat menghampirikan diri kepadaKu dengan melakukan ibadah-ibadah sunat.”

Ibadah wakaf yang dilakukan oleh orang-orang tua dan generasi terdahulu lebih dilakukan dengan cara individu (fardi). Ibadah ini dilakukan atas kemampuan yang ada pada individu tersebut untuk berwakaf sama ada mewakafkan tanah, rumah, atau aset-aset yang lain. Tetapi senario hari ini, dengan adanya perlaksanaan Skim Saham Wakaf Selangor maka ianya akan lebih mudah dan rasional untuk dipraktikkan oleh masyarakat yang rata-rata kurang memiliki harta yang berbentuk aset tetap. Skim yang dilaksanakan ini menjurus kepada wakaf am yang dilakukan secara berkelompok (jama’ie) oleh pewakaf-pewakaf yang menyertainya melalui sumbangan wang tunai.

Berdasarkan kepada kupasan-kupasan yang diberikan maka dapatlah dirumuskan bahawa Jumhur Ulama’ mengharuskan wakaf harta alih termasuklah wang tunai yang ketika ini menjadi amalan di beberapa negeri di Malaysia.

FATWA NEGERI SELANGOR

i. Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.

(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 )
ENAKMEN WAKAF NEGERI SELANGORMerujuk kepada buku Enakmen Wakaf Negeri Selangor No. 7 Tahun 1999 Seksyen 17 (1) menyatakan :

“Majlis boleh menawarkan saham wakaf terhadap apa-apa harta yang diperolehinya atau yang akan diperolehinya kepada mana-mana orang untuk saham-saham itu dibeli dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis.”

Seksyen 17 (2) pula menyatakan :

“Apa-apa harta yang dibangunkan daripada apa-apa hasil di bawah subseksyen (1), hendaklah menjadi wakaf am.”

SUMBER RUJUKAN:

http://202.75.48.108/~portalma/index.php?view=article&catid=26:penyertaan-saham-wakaf&id=138:latar-belakang-wakaf&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=17

Wakaf Tanah