PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL KASIH

WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR

Renungan

Antara kejayaan seseorang guru atau pemimpin atau ayah ialah dapat mendidik orang-orang di bawahnya hingga dapat rasa hormat dan takut kepadanya, bukan hormat sahaja dan bukan takut sahaja.

Antara kelemahan jemaah Islam pada akhir zaman ialah kurang mengambil berat tentang sembahyang dan ahlak.

Antara kelemahan pemimpin Islam pada waktu ini, tidak ada sifat warak dan pemurah. Continue reading

Bakhil

BAKHIL itu bukan hanya susah hendak memberi orang duit, Berkira sangat dengan wang ringgit, Kalau orang susah pun payah dia hendak memberi bantuan, Bakhil semacam ini biasalah, Tapi bakhil itu banyak kategori,

Bakhil itu bukan hanya berkira dengan duit sahaja, Ada bakhil selain itu, Tidak suka beri ilmu kepada orang kecuali dikenakan bayaran, Payah senyum dan mesra dengan orang, Payah hendak memberi tenaga untuk berkhidmat kepada orang. Continue reading

Sikap seorang hamba

Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya? Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin. Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna. Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka. Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya. 

Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah. Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya. Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan. Continue reading

Kawan yang setia

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia Boleh berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan dia beri bantuan Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta. Continue reading

Etika dalam pergaulan

Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya

Alangkah baiknya balas kejahatan orang dengan kebaikan Wahai saudara, wahai saudari Itulah panduan kita di dalam pergaulan Jadikan ia panduan Krisis tidak akan Continue reading

Kebajikan atau cari makan

KEBAJIKAN VS CARI MAKAN

Sumber:

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b80ded88-7f000010-c0e88800-ebb99b6b

Susah nak sentuh bab kebajikan ni. Nak cerita nanti orang kata kita hendak mendabik dada. Tak cerita banyak pula orang tak tahu cerita-cerita tentang trend membuat kebajikan dewasa ini. Ada yang membuat kebajikan untuk cari makan. Ada pula yang suka nak buat kebajikan tetapi terpaksa pula disulami dengan mencari makan,, lain tu bunyai nya. Tetapi tak kurang juga yang benar-benar gemar membuat kebajikan. Continue reading

Bahagia dengan masalah

TIDAK TAKUT TUHAN PUNCA MASALAH

Di dunia hari ini, orang menilai masalah tidak sama. Masalah yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang orang tidak suka. Sesuatu yang menekan dan menyusahkan orang. Sesuatu yang menghimpit, yang membuatkan orang risau, bimbang dan susah hati. Kebanyakan masalah tidak disukai orang. Jadi, masalah yang tidak disukai oleh manusia itu dinilai tidak sama. Kadang-kadang masalah tidak dikatakan masalah. Manakala yang bukan masalah dikatakan masalah. Continue reading

Kekuatan sedekah

Hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad : Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Continue reading