Pihak kami bercadang untuk menempatkan pelajar PUTERI kami yang sekarang masih menumpang di asrama Baitul Haiyah, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor ke lokasi yang berdekatan dengan asrama puteri Rumah Kasih Harmoni, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

Tujuan kami ialah agar mudah untuk kami memantau keperluan anak-anak ini, kerana kesemua ajk PK Baitul Kasih tinggal di kawasan Hulu Kelang.

Usaha ini juga bertujuan memudahkan individu dan badan koporat yang ingin menghulurkan bantuan kerana kebanyakannya individu dan pejabat Koporat tinggal/terletak di sekitara Lembah Kelang. Kesibukan berkerja dan kesuntukan masa, sedikit-sebanyak telah membantutkan niat murni mereka untuk menziarah dan menyumbang sekiranya lokasi rumah amal ini terletak jauh dari tempat mereka. Dengan menempatkan sebuah dari Rumah Amal di sekiar Lembah Kelang akan memudahkan saluran bantuan di pusat dan diagihkan kepada rumah-rumah amal yang lain.

Walau bagaimanapun perancangan ini kami harus kami lakukan dengan teliti, agar kebajikan anak-anak di Rumah Amal ini tidak terabai, kerana keperluan tinggal di kawasan Lembah Klang adalah sangat tinggi.

Sehubungan dengan itu pihak kami membuka peluang ini kepada tuan/puan sekiranya ada sebarang malumat tentang penaja untuk membiayai atau sesiapa sahaja yang ingin mewakaf rumah atau bangunan untuk menjayakan hasrat murni ini.

Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

  1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.
  2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
    3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.
  3. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.
  4. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
  5. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang.

Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:

1. Membiayai:

  • Sewaan bulanan bangunan
  • Bil-bil utiliti
  • keperluan dapor
  • Belanja persekolahan pelajar

2. Membiayai Aset Tetap (Terpakai atau Baru):

  • Katil dan tilam untuk asrama
  • Keperluan dapur asrama
  • Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
  • Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
  • Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah

3. Bangunan Untuk di Wakaf-Guna:

Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

4. Mendaftar Sebagai Sukarelawan:

  • Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama
  • Pengendali laman web
  • Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
  • Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD

5. Doa Mendoakan

Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2014 akan berakhir tidak lama lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Ustaz Zahari
Phone: 013-3303430 untuk sebarangan cadangan atau
Email: zahari@baitulkasih.org.my

cimb-pkbk

Baca lanjut mengenai: Pengertian Wakaf