Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutuan dan Selangor (PK Baitul Kasih) merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang memberi perlindungan kepada anak-anak dari golongan yang kurang bernasib baik. Anak-anak yang mendapat perlindungan di Baitul Kasih datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi keluarga. Secara umumnya mereka terdiri dari kalangan anak yatim, anak ibu tunggal dan golongan asnaf zakat (layak menerima zakat).

 

Buat masa ini, Baitul Kasih menyewa satu unit rumah semi-D, beralamat di No. 7, Jalan AU 2B, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT, anak-anak ini di asuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendaknya.

Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru itu dirumah ini anak-anak ini cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.

Firman ALLAH:

Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain).

 

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya.

 

Latar Belakang

Gejala sosial yang melanda Negara kita sekarang ini adalah di tahap yang sangat menakutkan. Maklumat dan data yang terpapar setiap hari menunjukkan bahawa arus kehancuran sudah semakin hampir. Jika sesuatu yang tepat tidak dilakukan, kita khuatir kita akan terlambat dalam menyelamatkan sebahagian besar dari generasi aset Negara dimasa depan.

Jesteru kewujudan Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih adalah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini agar mereka tidak terjebak kepada gejala negative ini disebabkan oleh status kedhaifan mereka di dalam masyarakat.

Hasrat dan Harapan

Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasihi berhasrat membina hubungan yang erat dengan semua kelompok masyarakat agar dapat menjadikan bertolong bantu sebagai satu agenda utama dalam mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat. Hubungan sebegini akan mendorong golongan kaya berperanan sebagai ‘bank kepada masyarakat’ dan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah golongan-golongan dhaif, orang-orang miskin dan yang memerlukan. Pada ketika itu suasana masyarakat yang berkasih sayang akan menjadi meriah dan indah dengan sifat saling membantu, bekerjasama dan bergotong royong.

Masyarakat Islam akan cepat maju dan kasih sayang terjalin sesama insan. Hubungan dengan yang kaya dan yang miskin rapat. Tiada jurang perbezaan sesama insan dan tiada lagi jenayah serta gejala sosial berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama. Masalah dalam masyarakat dapat di selesaikan kesan dari pemurahnya orang kaya dan kesan daripada tawadhuknya mereka. Inilah masyarakat yang diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.