WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR

KONSEP RUMAH PELINDUNGAN

Selama berkecimpung dalam tugas menguruskan dan menjaga anak-anak di rumah perlindungan bagi anak yatim dan golongan asnaf zakat selama kurang lebih 13 tahun saya kini telah mengubah konsep rumah perlindungan yang kini dibawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutan dan Selangor (PK Baitul Kasih) dengan konsep yang berbeza.

Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun memerlukan perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya dari ibu-bapa agar perkembagan fizikal, mental dan spiritual mereka berkembang dengan baik bagi kelangsungan pembesaran mereka untuk proses pendidikan dan pembelajaran  kearah menjadi insan yang berguna.

Bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang kehilangan ibu/bapa di usia ini,  jalan keluarnya bukanlah dengan menempatkan mereka di rumah-rumah perlindungan kerana keperluan fitrah seorang anak itu terutamanya kasih-sayang dari ibu dan ayah tidak mampu digalas oleh orang lain selain daripada daripada kedua ibu-bapa mereka sendiri.

Kita tidak nafikan ada penjaga di rumah-rumah perlindungan ini ada  yang mampu mengantikan tugas ibu-bapa kandung ini dengan baik sekali, namun bilangannya boleh dibilang dengan jari. Namum bagi pengasuh-pengasuh yang dedikasi ini kasih-sayang yang dapat mereka berikan kepada anak-anak ini tidak dapat dikekalkan sekiranya bilangan penghuni di rumah perlindungan ini terlalu ramai. Kesukaran mengawal fitrah kenakalan anak-anak diperingkat usia ini membuatkan mereka terpaksa menggunakan kaedah pendidikan yang tidak tepat dalam membentuk anak-anak di rumah perlindungan berkenaan.

Anak-anak diperingkat umur 12 tahun ke bawah, fitrahnya memerlukan perhatian yang lebih dan agak nakal. Kenakalan ini sebenarnya menjadi penghibur kepada ibu-bapa mereka, tetapi kenakalan ini perlu dikawal dan disalurkan agarnya mendatangkan hasil yang positif kepada perkembangan anak-anak itu sendiri. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi mengawal kenakalan anak-anak ini. Kenakalan yang tidak terkawal, lebih-lebih lagi sekiranya kenakalan itu mendatangkan mudharat kepada pihak lain akan memberi kesan yang negatif kepada perkembagan anak-anak. Keadaan ini lebih merumitkan lagi sekiranya anak-anak dibawah seliaan pengasuh-pengasuh di rumah perlindungan ini jumlahnya ramai yang sampai diluar kawalan mereka.

Jestru itu kami rasa adalah tidak wajar sesebuah rumah perlindungan menempatkan sejumlah penghuni yang ramai hingga membebankan pengasuhnya hingga boleh menjejaskan proses perkembangan anak-anak penghuni mereka. Nisbah yang selesa ialah seorang pengasuh kepada 5 orang anak-anak. Justeru itu pihak kami hanya akan menempatkan kurang 20 orang anak-anak di Asrama PK Baitul Kasih kerana kami mempunyai 3 orang tenaga & seorang pelatih.

Anak-anak yang tempatkan di asrama PK Baitul Kasih sekarang ini, kami tidak mahu mereka menetap lama di asrama kami kerana kami rasa adalah lebih baik mereka dibesarkan bersama keluarga kandung mereka sendiri samada ibubapa, saudara kandung dan tinggal bersama-sama mereka.

Bagi tujuan ini pihak PK Baitul Kasih bukan sahaja melihat keperluan anak-anak di asrama kami bahkan kami juga akan melihat keperluan dan membantu keluarga anak-anak ini agar mereka dapat membebaskan diri meraka dari tergolong dalam golongan Asnaf Zakat dan seterusnya mengambil semula tanggung-jawap membesarkan sendiri anak-anak mereka.

Juteru itu kewujudan asrama PK Baitul Kasih bukan sahaja menjadi tempat perlindungan anak-anak golongan Asnaf Zakat tetapi adalah juga menjadi Pusat Pengumpulan dan Agihan sumbangan dalam apa jua bentuk sekali pun. Bantuan yang pihak PK Baitul Kasih perolehi ini akan disalurkan bagi tujuan membela kebajikan anak-anak dan keluarga golongan Asnaf Zakat yang anak-anak mereka menetap di asrama PK Baitul Kasih dan juga bagi keluarga-keluarga yang dibawah perhatian kami.

Besarlah harapan kami agar anak-anak dan keluarga yang dibawah naungan kami ini akan dapat membebaskan diri mereka dari golongan Asnaf Zakat di samping dapat menambah ilmu dan amal disepanjang mereka duduk di bawah naungan kami. Sesungguhnya Kefakiran boleh membawa seseorang kepada kekufuran (maksud hadis).

MATLAMAT JANGKA PANJANG:

Mencari sebuah tanah untuk menempatkan keluarga-keluarga asnaf yang telah pihak kami kenal pasti, di mana sebahagian besar mereka adalah dikalangan anak-anak mereka yang sekarang dan pernah menjadi penghuni rumah-rumah amal dibawah naungan PK Baitul Kasih. Di tanah yang dibangunkan ini keluarga asnaf ini akan dibangunkan fizikal, mental dan spiritual mereka agar mereka dapat menerima konsep : Sekiranya mereka miskin mereka akan redho dengan kemiskinan mereka dan sekiranya mereka kaya, mereka akan menjadi pembela kepada golongan miskin.

Justeru itu sekiranya tuan/puan nampak di mana-mana peluang untuk kami merealisasikan cita-cita ini silalah berhubung dengan pihak kami agar kita sama-sama dapat melihat realiti satu contoh masyarakat yang hidup dalam suasana aman tenteram dan berkasih sayang.

KEMPEN WAKAF TANAH : http://baitulkasih.org.my/saham-wakaf-pembelian-tanah

 

~ Waullahu ‘Alam ~