WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR

KEPERLUAN SEBUAH VAN

KEPERLUAN TERKINI:
Memandangkan jumlah penghuni asrama PK Baitul Kasih kini sudah mencecah 33 orang maka keperluan mendesak buat masa ini ialah untuk mendapatkan sebuah van yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 15 orang bagi tujuan kegunaan pengangkutan anak-anak ini ke sekolah, menghadiri jemputan, riadah dan rehlan dan program-program lainnya.

Bagi merealisasikan hasrat ini pihak kami  menawarkan kepada tuan/puan yang sudi untuk membenarkan nama mereka  digunakan sebagai penama kepada van berkenaan.  Ini ialah kerana pihak kami ingin menggunakan nama penama yang berkenaan bagi proses permohonan pinjaman daripada Insituisi Kewangan. Ini ialah kerana, AJK kami sebelum ini pernah membuat permohon pinjaman daripada Insituisi Kewangan untuk tujuan yang sama, tetapi semuanya ditolak dan pihak kami cuba juga  menggunakan nama Pertubuhan namun pihak Insitusi Kewangan tetap tidak dapat mempertimbangkannya.

Insya Allah sekiranya wang pendahuluan telah berjaya kami kumpul, pihak kami akan menghubungi pihak tuan/puan yang berkenaan untuk perbincangan lanjut.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara sila hubungi:
Ustaz Zahari : 013-3303430

Sekian. Mohon doa tuan/puan semoga usaha ini dipermudahkan.

Derma Van copySenarai Pelajar - APRIL 2016

POSTER KEMPEN KEPERLUAN SEBUAH VAN

cimb-pkbkPlacer-X   van malaysia, bus van, camper van, van for sale in malaysia, window van, school van, china van, travel van, cheap van, cari van murah_20160406234424