Istilah dari segi syariah Islam, Anak Yatim ialah –
Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:

Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.

Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.

 

Walaubagimanapun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam.

rkh

Untuk pengetahuan bersama, Anak Yatim tidak termasuk dalam golongan Asnaf Zakat yg 8 (golongan yang layak menerima zakat), cuma sekiranya Anak Yatim ini tergolong dalam salah satu asnaf yang 8 ini maka mereka layaklah menerima zakat atas asnaf zakat BUKANNYA atas dasar Anak Yatim.

Sehubungan dengan itu kami membuka peluang ini sekiranya dato’/datin/tuan/puan ingin menyumbang khusus untuk golongan ini. Bersama-sama ini di lampirkan senarai:

  1. Bapa (Aruah)
  2. Nama & No. telefon Ibu/Penjaga yang boleh dihubungi &
  3. kesemua nama anak2 yatim (15 tahun dan kurang).

Sumbangan boleh dibuat terus kepada ibu/penjaga dengan menalifon terus kepada nombor telefon yang tertera di senarai di link berikut.

Senarai Anak Yatim

 

PENTING!

Sila nyatakan niat khusiah ini kepada:

Email: pkbk@baitulkasih.org.my ATAU

Phone: 013-3303430 – Ustaz Zahari

Blackberry Messenger Pin: 2B1D90BE

Hal ini adalah TERSANGAT penting kerana pihak kami tidak mahu sumbangan ini bercampur dengan sumbangan-sumbangan bagi niat yang lain selain untuk Anak Yatim.

Sekian, semoga sumbangan kita kepada golongan anak-anak yatim di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan Allah gajari dengan Al Janatul Ajilah (syurga yg dipercepatkan) di dunia lagi dan di akhirat dengan syurga yang kekal abadi. Insya Allah.

Sekian. Maaf zahari & batin.